06-13
Laporan integrasi ASEAN dibentang September ini
2025-06-12
IDOPRESS
Liew Chin Tong / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Jun - Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN dijadual membentangkan Laporan Integrasi ASEAN pada September ini.
Menurut Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),laporan itu akan melengkapkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030.
Timbalan Menterinya,Liew Chin Tong berkata,laporan itu diharap akan membantu ASEAN dalam menangani cabaran segera yang dihadapi rantau ini.
''Aspirasi kami ialah laporan ini akan memainkan peranan yang sama dengan Laporan Mario Draghi untuk Kesatuan Eropah seterusnya membimbing rantau ini melalui cabaran yang mendatang,” katanya.
Beliau menyatakannya dalam ucapan pembukaan mesyuarat Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN kedua yang diadakan secara maya.
Pasukan itu dipengerusikan bersama oleh Chin Tong dan Ketua Pengarah Rundingan Perdagangan Antarabangsa Indonesia Djatmiko Bris Witjaksono.