06-24
Sistem cukai telus & efisien penting bagi pembangunan serantau
2025-06-23
IDOPRESS
Foto Facebook Kementerian Kewangan
KUALA LUMPUR,23 Jun- Sistem kutipan cukai yang efisien dan telus bukan sahaja penting dalam konteks pembangunan negara,malah menjadi tunjang utama kepada kemajuan rantau ASEAN secara menyeluruh.
Menurut Pensyarah Kanan,Pusat Pengajian Pembangunan Inklusif dan Lestari,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Dr Naziatul Aziah Mohd Radzi,negara-negara membangun termasuk di rantau ini bergantung kepada hasil cukai untuk membiayai pelbagai projek asas negara.
“Negara-negara ASEAN yang kebanyakannya berstatus membangun bergantung kepada hasil cukai untuk membiayai projek-projek pembangunan seperti fasiliti,infrastruktur,kesihatan dan pendidikan yang menjadi indikator utama tahap kemajuan sesebuah negara.
"Justeru,sistem kutipan cukai yang lebih efisien dan telus bukan sahaja perlu dilaksanakan di peringkat nasional,tetapi juga diselaraskan di peringkat serantau agar hasilnya dapat dikembalikan semula kepada rakyat dan negara secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita di Angkasapuri,Kota Media.
Beliau menyifatkan pelaksanaan penuh cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai ini,antara langkah ke arah memperkukuh daya saing fiskal negara dan harus dilihat dalam kerangka kerjasama ekonomi serantau yang lebih besar.