06-24
Lelaki 83 tahun jemaah haji Malaysia ke-21 meninggal dunia di Tanah Suci
2025-06-24
HaiPress
Allahyarham Yusoff Arshad,83,menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdul Aziz akibat serangan jantung.
KUALA LUMPUR,23 Jun - Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada pukul 7.25 pagi (waktu Arab Saudi),menjadikan jumlah keseluruhan 21 kematian setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan kematian melibatkan jemaah dari Permatang Pauh,Pulau Pinang.
Allahyarham Yusoff Arshad,menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdul Aziz akibat serangan jantung.
Katanya,Allahyarham ditemani anaknya Ahmad Yasir ketika di Tanah Suci. Pihak Tabung Haji telah menguruskan segala keperluan termasuk pengurusan jenazah.
"Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga,khususnya anak-anak Allahyarham di Malaysia.
"Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan atas kehilangan insan tercinta. Marilah kita semua mendoakan semoga roh Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin," menurut kenyataan itu.