07-15
Negeri Sembilan arah PBT perketat kawalan lesen besi buruk
2025-07-15
HaiPress
Datuk Seri Aminuddin Harun bercakap pada sidang media selepas merasmikan tapak pusat beli-belah baharu Aeon Seremban 2 di Seremban,hari ini
SEREMBAN,15 Julai – Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan pasukan penguat kuasa negeri,termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT),untuk memperketat kawalan terhadap isu penyeludupan besi buruk yang dilaporkan media baru-baru ini.
Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,Majlis Bandaraya Seremban (MBS) diminta agar lebih tegas dalam proses pengeluaran lesen terutamanya di kawasan perindustrian.
“Lesen ini bukan sahaja diluluskan oleh MBS,tetapi juga memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa seperti polis negeri. Kita harap perkara ini dapat dipantau dengan lebih teliti agar isu penyeludupan ini tidak terus menjadi bualan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan tapak pusat beli-belah baharu Aeon Seremban 2 di Seremban,hari ini.
Terdahulu,media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggempur sindiket penyeludupan besi buruk melibatkan lima negeri iaitu Pulau Pinang,Selangor,Negeri Sembilan,Johor dan Kedah.