Fokus modenisasi industri perkapalan negara

2025-07-16     HaiPress

Anthony Loke ketika berucap merasmikan Minggu Maritim Malaysia. - Foto BERNAMA

SUBANG JAYA,15 Julai - Kementerian Pengangkutan (MOT) kini memberi keutamaan kepada pembangunan sektor perkapalan domestik dengan menyemak semula dasar terdahulu.

Ia sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada kapal asing dan memodenkan industri perkapalan negara.

Menterinya,Anthony Loke berkata,pendekatan baharu itu selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Maritim Malaysia 2026–2040,yang dirangka sebagai inisiatif strategik untuk merancakkan semula industri maritim tempatan.

“Pelan ini bertujuan memperkukuh sektor perkapalan domestik melalui peningkatan kualiti perkhidmatan,digitalisasi operasi dan pengurangan pelepasan karbon,selain menjadikan sektor ini penyumbang lebih signifikan kepada KDNK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Maritim Malaysia,di sini hari ini.

Menurutnya lagi,hala tuju baharu itu turut memberi fokus kepada pembangunan armada strategik yang lebih moden dan cekap,sekaligus memperkukuh daya saing perkapalan Malaysia di peringkat serantau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.