Kilang perkakasan besi terbakar, 60 peratus musnah

2025-07-16     HaiPress

Kilang berkeluasan 30,000 kaki persegi musnah 60 peratus dalam kebakaran petang tadi

BUKIT MERTAJAM,15 Julai - Sebuah kilang perkakasan besi di Taman Perusahaan Ringan Juru,Simpang Ampat musnah kira-kira 60 peratus dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang,John Sagun Francis berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.18 petang.

Kilang setingkat itu dianggarkan berkeluasan 30,000 kaki persegi.

Seramai 27 anggota bomba bersama Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai,Bandar Perda dan Sungai Bakap digerakkan ke lokasi.

Operasi pemadaman turut dibantu Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Juru.

“Maklumat awal mendapati tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pasukan kami sedang giat menjalankan kerja-kerja pemadaman dan kawalan api," katanya.

Jelas beliau,sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang,Endi Sherimi Mohd Azmi turut hadir di lokasi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.