Pelan Grid Tenaga ASEAN dijangka mula 2026

2025-07-16     HaiPress

Datuk Seri Fadillah (kiri) bersama Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak,Datuk Dr Hazland Abang Hipni selepas perasmian Minggu Tenaga Antarabangsa,di Kuching. - Foto BERNAMA

KUCHING,15 Julai - Pelan hala tuju Grid Tenaga ASEAN telah dipersetujui secara prinsip dan bakal dilaksanakan seawal tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,pelan berkenaan terlebih dahulu akan dibentangkan pada mesyuarat Oktober ini di Kuala Lumpur sebelum dimuktamadkan.

“Pelan itu telah dibentang dan diterima secara prinsip. Ia menggariskan jadual pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN yang jelas.

"Setelah disahkan oleh semua Perdana Menteri dan Presiden negara anggota,pelaksanaannya boleh dimulakan tahun depan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Minggu Tenaga Antarabangsa 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching,di sini.

Menurut Datuk Seri Fadillah,Malaysia kini di hadapan dalam mempergiat pengeluaran tenaga boleh diperbaharui seperti hidro,solar,biojisim dan gas bagi memenuhi keperluan transformasi tenaga rantau ini.

Beliau turut menekankan keperluan sambungan grid rentas negara bagi membolehkan perkongsian tenaga antara negara ASEAN.

Ketika ini,Semenanjung Malaysia telah dihubungkan dengan Thailand,Singapura dan Laos,manakala Sarawak telah disambung ke Kalimantan Barat dan Sabah pula ke Filipina.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.