07-25
Al-Shaibani adakan lawatan rasmi ke Malaysia dua hari
2025-07-16
IDOPRESS
Foto hiasan
PUTRAJAYA,15 Julai – Menteri Luar dan Ekspatriat Syria,Asaad Hasan Al-Shaibani dijadualkan mememulakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula 16 Julai ini.
Lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama kerajaan baharu Syria ke Malaysia dan dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Sepanjang lawatan,Al-Shaibani akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi perdagangan,pelaburan,kesihatan,pembangunan kapasiti dan pemulihan pasca-konflik.
Turut dijangka dibincangkan ialah isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Selain itu,Al-Shaibani juga dijadualknan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tahun 2024,Syria mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM156 juta (AS$33.8 juta) dengan Malaysia,sekali gus menjadikan negara itu rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia di Asia Barat dan ke-16 di peringkat global. Malaysia juga merupakan rakan dagang terbesar Syria dalam kalangan negara ASEAN.