Sepuluh pelajar cedera van sekolah terbalik

2025-07-18     HaiPress

Sebuah bas sekolah terbalik selepas terlanggar lubang pembetungan

JOHOR BAHRU,18 Julai – Sepuluh pelajar cedera selepas van sekolah dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Abdul Samad,di sini,kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,ACP Raub Selamat berkata,kemalangan berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah berhampiran.

“Van dipercayai melanggar lubang pembetung di tepi jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum van terbalik,” katanya dalam kenyataan,hari ini.

Kesemua mangsa berusia antara tujuh hingga 15 tahun kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA),Johor Bahru.

Manakala tujuh pelajar lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor,Aznan Tamin menziarahi mangsa di HSA sejurus selepas kejadian.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.