Orang ramai dijemput ke program Malaysia Bermunajat, esok di Masjid Putra

2025-07-18     HaiPress

Foto Facebook Dato' Setia Dr. Naim

KUALA LUMPUR,18 Julai - Seluruh umat Islam dijemput hadir ke program Malaysia Bermunajat yang akan berlangsung esok,19 Julai di Masjid Putra,Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar,berkata Malaysia Bermunajat merupakan simbol kesatuan ummah dan manifestasi nilai ihsan serta kesejahteraan dalam negara Malaysia MADANI.

Beliau menyeru seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agar memakmurkan rumah Allah dan membina kekuatan spiritual demi perpaduan ummah.

“Malaysia Bermunajat ialah wadah untuk kita kembali memperkukuh hubungan dengan Allah SWT,memohon keampunan,serta mendoakan keamanan,perpaduan dan keberkatan buat negara Malaysia tercinta",katanya menerusi satu kenyataan.

Majlis penuh keberkatan itu dijadual bermula pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam yang akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara pengisian program termasuk solat maghrib,isyak dan hajat secara berjemaah serta tausiyah khas oleh Maulana Tariq Jamil dari Pakistan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.