07-25
Ikan lumba-lumba ditemukan terdampar di Tanjung Tokong
2025-07-18
IDOPRESS
FOTO FB Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
GEORGE TOWN,18 Julai – Jabatan Perikanan Pulau Pinang,hari ini memaklumkan,seekor ikan lumba-lumba spesies finless porpoise ditemui mati terdampar di pesisir Pantai Tanjung Tokong,berhampiran sebuah kondominium,Isnin lalu.
Menurut jabatan itu dalam kenyataan di Facebook rasmi,pihaknya menerima maklumat daripada orang awam sebelum Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan negeri digerakkan ke lokasi kejadian.
Pemeriksaan mendapati bangkai mamalia marin berkenaan dianggarkan sepanjang 1.4 meter.
Tambah jabatan itu lagi,bangkai ikan lumba-lumba terbabit telah ditanam berhampiran kawasan pantai berkenaan sebagai langkah pelupusan yang selamat.
"Pihak Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam berhubung sebarang aduan tentang kematian mamalia marin di perairan Pulau Pinang," menurut jabatan itu lagi.