07-25
JKAS selaras kerjasama awam-swasta
2025-07-18
IDOPRESS
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh/ Foto BERNAMA
BANDARAYA MELAKA,18 Julai - Jawatankuasa Penswastaan Negeri Melaka kini dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) yang berperanan sebagai pemudah cara untuk menyelaras dan meluluskan kerjasama itu.
Menurut Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh,JKAS diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Beliau berkata,selaras dengan penjenamaan itu kerajaan negeri turut melancarkan Buku Garis Panduan JKAS yang ditambah baik agar lebih mesra pelabur,sekali gus menjadi rujukan utama dalam aspirasi pembangunan Melaka.
"Setakat ini,ia digambarkan sebagai sebuah buku yang mesra pelabur dan berperanan memandu semua pelabur untuk menjalankan urusan dengan kerajaan negeri mengikut peraturan yang telah dimaktubkan dalam buku garis panduan ini.
"Ia merupakan satu aspirasi pembangunan negeri yang dilaksanakan secara telus agar tidak membebankan mana-mana pihak,sama ada kerajaan mahupun swasta,dalam usaha memajukan negeri Melaka ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran JKAS Negeri Melaka di sini.
Pada majlis berkenaan turut berlangsung Sesi Pertukaran Perjanjian dan Penyerahan 'mock cheque' oleh dua syarikat konsesi tambakan laut berjumlah RM5.17 juta.
Ia melibatkan Parkland Diversified Sdn Bhd dan Yayasan Melaka.