07-25
MAA harap RMK-13 tangani isu dasar, subsidi dan TBB
2025-07-18
IDOPRESS
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA),Mohd Shamsor Mohd Zain/BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Julai- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) diharap memberi penekanan kepada dasar automotif yang lebih konsisten demi kemajuan jangka panjang sektor tersebut.
Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA),Mohd Shamsor Mohd Zain,pendekatan dasar yang teguh,penting dalam menentukan sebarang keputusan pelaburan terutamanya melibatkan aktiviti pengeluar peralatan asal (OEM).
"Kami jangka,kerajaan juga akan memberi perhatian kepada inisiatif tenaga hijau yang merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju tenaga negara.
"Sudah tentu,sebagai sebuah negara kita perlu terus membangun dan meningkatkan penggunaan teknologi dan pelaksanaannya.
Justeru,penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar,hidrogen dan sebagainya ini saya jangka akan turut diambil kira," kata Mohd Shamsor pada sidang media taklimat prestasi automotif separuh pertama 2025.
Tambahnya,rasionalisasi subsidi bahan api termasuk langkah menangani impaknya juga diunjur menjadi sebahagian daripada fokus dalam pelan lima tahun itu.
RMK-13 dijangka dibentangkan di Parlimen pada penghujung bulan ini.
Dokumen bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara.
Ini termasuk keseimbangan pembangunan dan pendapatan,ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan.