Imam Masjid Nabawi puji jemaah haji negara

2025-08-08     HaiPress

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,7 Ogos - Imam Masjid an-Nabawi Shaikh Dr Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan kepada jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun,beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kunjungan hormat Shaikh Dr Salah ke atas beliau di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur,hari ini.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid,dalam pertemuan penuh makna itu,Shaikh Dr Salah turut memuji pendirian Malaysia yang konsisten berpegang kepada manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah,yang menjadi teras kepada kestabilan dan keharmonian umat Islam di negara ini.

"Saya mendoakan agar Allah SWT terus memberkati usaha dakwah TYT Shaikh Dr Salah dan mengurniakan kekuatan kepada beliau untuk terus menyebarkan cahaya ilmu kepada umat. Insya-Allah," katanya menerusi perkongsian di Facebook. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.