22 individu termasuk 12 anggota polis selamat dalam insiden kepala air

2025-09-05     HaiPress

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap akibat fenomena kepala air di Kampung Orang Asli Pertak,Kuala Kubu Baharu,Hulu Selangor.

HULU SELANGOR,5 September - Seramai 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap akibat fenomena kepala air ketika beriadah di Kampung Orang Asli Pertak,berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor,Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.42 petang,semalam.

Beliau menjelaskan,operasi menyelamat membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu yang bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat.

Menurutnya,semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat pada pukul 7.50 malam.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.