Abdul Rashid Hussain dinobat Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025

2025-09-05     HaiPress

Foto BERNAMA

SERDANG,5 September - Pengerusi Lembaga Tabung Haji,Tan Sri Abdul Rashid Hussain dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Menurut Tan Sri Abdul Rashid,beliau tidak menjangka akan menerima anugerah itu namun tetap bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukan Allah SWT.

"Saya melakukannya,maksud saya,sebagai satu minat dan sebagai seorang yang berpegang pada kepercayaan. selepas saya bersara daripada dunia korporat,saya telah menolak begitu banyak tawaran untuk kembali semula ke sektor itu.

"Saya memilih untuk tidak melakukannya. namun,apabila ia melibatkan Islam dan agama saya,contohnya Tabung Haji dan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia),saya bersedia untuk tampil mengambil peranan tersebut demi melakukan apa yang saya mampu untuk memperkukuh institusi yang lebih dekat dengan sistem kepercayaan saya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini.

Dikenali sebagai seorang hartawan yang pemurah,beliau telah menyalurkan dana besar bagi membangun beberapa infrastruktur Islam antaranya Masjid A’ishah di Sungai Menghulu,Langkawi yang dibina sekitar tahun 1995.

Selain itu,Masjid Hussain di Seremban 2 serta Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan turut menjadi mercu tanda hasil sumbangan beliau.

Sementara itu,turut diumumkan enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul iaitu Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan,Syeikh Haji Wazir Che Awang dan Pegawai Khas Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak,Dayang Nur’ Maisarrah Abang Abdul Razak.

Pencipta kandungan digital dan usahawan,Khairul Amin Kamarulzaman,Penolong Pesuruhjaya Bomba,Ismail Abdul Ghani,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wau Animation,Muhammad Usamah Zaid Yasin dan Saudara Baharu Cemerlang Ardini Angeline Tan turut menerima anugerah.

Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah kepada penerima dengan diiringi Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua penerima anugerah menerima hadiah wang tunai,trofi dan sijil penghargaan dari Kerajaan Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.