10-29
Mekanisme pelantikan Pendakwa Raya selepas pengasingan kuasa diteliti Jawatankuasa Teknikal
2025-10-29
HaiPress

M Kulasegaran pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini / RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober — Mekanisme pelantikan bagi jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini sedang diperhalusi Pasukan Jawatankuasa Teknikal sebelum sebarang keputusan utama ditetapkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran ia bagi memastikan pelantikan dapat dilaksana secara adil dan bebas,selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"Mekanisme perlantikan Pendakwa Raya dan Pendakwa Raya adalah tertakluk kepada penelitian lanjut oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebelum sebarang keputusan muktamad ditetapkan.Kerajaan Madani sentiasa terbuka kepada pandangan dan cadangan yang dikemukakan agar sebarang reformasi yang dilaksanakan kelak benar-benar memperkukuh integriti institusi dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,"katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 10 September lalu,kabinet telah bersetuju dengan cadangan model pengasingan penuh,yang memperuntukkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dipegang oleh dua individu berbeza dengan kedudukan setara.
Kerajaan menjadikan amalan di Kanada,Australia dan United Kingdom sebagai rujukan utama dalam merangka pelaksanaan pengasingan peranan itu kerana ketiga-tiga negara tersebut mempunyai sistem perundangan Komanwel yang hampir sama dengan Malaysia.



