10-29
Perolehan bawah perjanjian ART Malaysia-AS tidak libatkan dana kerajaan
2025-10-29
HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,29 Oktober -Senarai perolehan bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) bukan perkara baharu,tetapi cadangan perolehan sedia ada syarikat yang tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaska,komitmen pertimbangan komersil bawah Seksyen 6 Perjanjian ART tidak melibatkan sebarang perbelanjaan kerajaan.
"Perolehan LNG daripada negara pengeluar lain,termasuk dari AS akan membolehkan Petronas mengoptimumkan bekalan dan memastikan penghantaran yang stabil kepada pelanggan. Ini bukan arahan politik daripada Washington. Ini keputusan komersial Petronas untuk memastikan bekalan stabil,kontrak ditunaikan,dan negara tidak berdepan krisis tenaga," katanya,di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu,Tengku Datuk Seri Zafrul memaklumkan menerusi perjanjian ART,Malaysia kini dianggap sebagai rakan kongsi rantaian bekalan yang mampu melancarkan aliran perdagangan barangan,termasuk barangan strategik dan berteknologi tinggi.



