Tarif lebih rendah, bukti hubungan dagang Malaysia-AS semakin kukuh

2025-10-29     HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,27 Oktober - Langkah Amerika Syarikat (AS) menurunkan tarif ke atas 1,700 produk eksport Malaysia termasuk minyak sawit,getah,koko serta beberapa komponen farmaseutikal dan peralatan aeroangkasa mencerminkan hubungan dagang yang semakin kukuh serta pengiktirafan terhadap peranan strategik Malaysia di rantau ASEAN

Menurut Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid,langkah ini melambangkan keyakinan AS terhadap peranan negara dalam mengekalkan keseimbangan geopolitik serantau.

Beliau berkata,dasar tarif lebih rendah membuka peluang Malaysia memperkukuh kedudukan produk tempatan di pasaran antarabangsa,khususnya di Amerika Syarikat.

“Pengecualian tarif ini berpotensi menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia,termasuk syarikat global yang mahu menjadikan negara ini sebagai hab pengeluaran untuk pasaran Amerika Syarikat,” katanya.

Selain itu,inisiatif tersebut dijangka merangsang kemasukan pelaburan asing baharu dalam sektor bernilai tinggi,di samping memperkukuh sektor pembuatan dan pertanian negara.

Jelas beliau,dasar ini membantu Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada eksport tradisional dan membentuk ekonomi yang lebih pelbagai serta berdaya tahan.

Semalam,Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan sebanyak 1,711 produk eksport Malaysia ke AS akan menikmati kadar tarif yang lebih rendah daripada 19 peratus di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang ditandatangani antara Malaysia dan AS.

Ujarnya,kadar tarif yang lebih rendah itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas kedua-dua negara bertukar dokumen sebagai sebahagian daripada proses perundangan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.