Perjanjian Timbal Balas Malaysia-AS, satu perkembangan positif

2025-10-29     HaiPress

Foto hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR,28 Oktober - Perjanjian Timbal Balas antara Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) merupakan satu perkembangan positif.

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyifatkan perjanjian itu mampu memperkukuh daya saing eksport domestik,khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Presidennya,Datuk William Ng,berkata perjanjian itu memberi akses lebih besar kepada pengeksport tempatan.

"Keupayaan PKS memanfaatkan peluang bergantung kepada tahap kesiapsiagaan mereka dalam memenuhi piawaian keselamatan,pembungkusan,pelabelan dan pematuhan peraturan AS," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau menyarankan agar kerajaan memperkukuh sokongan kepada PKS melalui penyediaan maklumat eksport,pembiayaan,perlindungan risiko dan bantuan pensijilan bagi memastikan manfaat perjanjian dirasai secara menyeluruh.

Menurut Datuk William,perjanjian tersebut juga berpotensi menarik pelaburan baharu dari Amerika Syarikat dalam sektor perkilangan,teknologi digital dan industri bernilai tinggi yang dilihat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Bawah Perjanjian Timbal Balas antara Malaysia dengan AS,sebanyak 1,711 barangan eksport Malaysia akan menikmati pengecualian tarif apabila memasuki pasaran AS,sekali gus membuka peluang lebih luas kepada produk elektrik dan elektronik.

Selain jentera,barangan pengguna,tekstil terpilih serta produk makanan dan pertanian bernilai tambah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.