Nilai MADANI perlu diterjemah dalam kehidupan seharian - Wan Azizah

2025-10-31     HaiPress

FOTO RTM

CHERAS,31 Oktober - Nilai-nilai yang digariskan dalam konsep MADANI perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Isteri Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata usaha berkenaan penting bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin antara satu sama lain,sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan modal insan negara.

"Kita mahu terjemahkan perasaan simpati,hormat-menghormati,menghargai jasa dan pengorbanan serta pembangunan modal insan.

"Kadangkala ada orang pandai tapi tak ada hati. Kadangkala orang tak pandai lebih bermakna untuk kita sebagai jiran atau pun rakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Semula Sumbangan berjumlah RM2.1 juta dari Ahli Parlimen Kepong,Lim Lip Eng kepada lima pertubuhan bukan kerajaan di sini.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah,yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berharap agar NGO berkenaan terus menunjukkan prestasi cemerlang bagi mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan mereka.

Beliau menegaskan bahawa pertubuhan tersebut memikul amanah penting untuk memastikan setiap dana awam yang disalurkan benar-benar sampai kepada golongan sasar yang memerlukan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.