Konflik Asia Barat: Harga diesel Kemboja cecah AS$1.88 seliter

2026-04-01     HaiPress

Foto fail AFP

PHNOM PENH,1 April- Harga diesel di Kemboja meningkat hampir dua kali ganda sejak bermulanya konflik Asia Barat iaitu mencecah 7,500 riel seliter (AS$1.88 atau kira-kira RM8.90 seliter) pada Rabu,menurut data rasmi kerajaan.

RINGKASAN BERITA AI

Seorang petani,Bun Thoeun,71,dari Battambang berkata kenaikan harga bahan api memberi tekanan kepada golongan petani.

“Harga diesel yang tinggi meletakkan petani dalam keadaan sukar,” katanya yang menggunakan traktor buatan sendiri berkuasa diesel.

Bun Thoeun berkata kos menyewa traktor untuk membajak sawah hampir dua kali ganda iaitu daripada 80,000 riel kepada 150,000 riel,menjelang musim membajak yang dijangka bermula Mei.

Menurutnya,diesel juga diperlukan untuk menggerakkan pam air bagi pengairan sawah.

“Kami berharap hujan turun dengan banyak; itu akan membantu mengurangkan kos membeli diesel,” katanya. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.